Friday, May 11, 2012

Happy Mother's Day...

Assalamualaikum w.b.t.

Actually aku tak rasa pun nak buat entry sempena Hari Ibu esok. 
Sebab pada aku hari-hari adalah Hari Ibu. Hehe
Tapi takpa lah kan.. Taip je pun. (",)

To my beloved mak,
Terima kasih yang tak terhingga kerana 
menerima kelahiran saya didunia ini dengan penuh kesyukuran.
Sangat menghargainya.

Mak berusaha mendidik saya dengan sempurna
walaupun serba serbi kekurangan. 
Hanya membesarkan saya dan adik-beradik dengan tulang empat kerat setelah pemergian suami tercinta.
Terima kasih mak. 
Saya tahu mak cuba melindungi semua keperitan dan kejerihan hidup 
hanya untuk membesarkan kami semua.
Saya tahu mak cuba menyembunyikan kepayahan dalam memberikan kami kesempurnaan.
Saya tahu mak menangis bersendirian dalam memberikan kami kebahagiaan.
Terima kasih mak. 

Maafkan saya kerana tidak menjadi anak yang sempurna untuk mak.
Maafkan saya kerana membuat mak menangis.
Maafkan saya kerana tidak pernah mendalami keperitan dan kepayahan mak dalam membesarkan saya.
Maafkan saya kerana selalu menyusahkan mak.

Saya akan menjaga mak sebaik-baiknya dan saya akan pastikan mak bahagia sehingga
ke akhir hayat mak. Itu janji saya.

Selamat Hari Ibu. 
Doaku sentiasa menemani hari-harimu. May Allah bless.