Tuesday, August 14, 2012

Tanjōbi Omedetō Okāsan

Assalamualaikum w.b.t and hello brothers & sisters.

Hari ini... Birthday mak aku. 
Mak..!!! Happy Birthday..!!!! (Aku tak wat pun cam tu. haha)

Serba sedikit mengenai mak aku
Nama penuh dia Marsitah Binti Ali Seman
Lahir pada 14 Ogos 1965.
Tahun ini berumur 47 tahun.
(Sikit je kan.. Lain-lain takyah tahu ler. Hihi)

Mak..
Thanks a lot for everything. Nak suruh balas balik semua
jasa-jasa mak memang sampai ke sudah memang
tak leh nak balas.
Thanks sebab selalu je memberi apa yang org mintak.
Nak itu dapat. Nak ini dapat.
Thanks. You are awesome. ;)
Walaupun semua mak boleh bagi tapi mak cakap mak
tak boleh nak cari kan seorang suami untuk aku.
Mak kata " Ai... Mak nak berlaki pun mak cari sendiri,
takkan la ko nak berlaki nak mak cari kan.." hehehe
Takpe mak, jodoh itu urusan Allah.

Mak jugak tempat aku mengadu...
Kalo aku suka somebody aku cita kat mak.
Kalo aku berkawan ngan sapa-sapa pun aku cita kat mak.
Kalo aku bergaduh ngan sapa-sapa pun aku cita kat mak.
Semuanya aku cita kat mak.
So, sapa-sapa yang rasa macam ada kaitan ngan aku tuh
semua cita tentang anda mak aku tau. hehehe
Yang gembira ke, yang sedih ke.. yang baik ke.. yang buruk ke..
Lepas tu memang berkoyan-koyan mak nasihatkan aku.
Appreciated. Thanks mak.

Apa yang aku kagum tentang mak aku...
Mak aku boleh besarkan aku 5 beradik lepas kematian abah aku
12 tahun lepas. Umur yang muda
tapi mak aku tabah hadapi semua tu.
Ok. Mak memang awesome. ;)
Dan 1 lagi... Mak sangat pandai manage duit.
Gaji bukan lah besar sangat tapi skill dalam manage duit tu
agak membantu keluarga untuk meneruskan kehidupan.
Seriously, aku nak sangat skill neh. 

Yang paling awesome adalah mak sangat pandai masak.
Mak pun pernah bukak kedai makan.
Mak pandai buat kuih. Semua kuih yang aku jual kat bazar ni
mak yang wat sendiri...
Aku sedang belajar jugak wat kuihnya.
Konon nak meneruskan legasi itu lah. hehehe.
Macam laksa... Mee bandung... Boleh lah nak masak. (ok.. ni bukan kuih.)
Aku pun boleh bukak kedai makan jugak kot pas ni. yaww..

Last but not least...
May Allah bless u mom. I love you, now and always.
You know rite, you are always number one
for me after Allah and Nabi Muhammad S.A.W.

Ni lah mak saya....



Till then. May peace be upon to you. 

Saturday, August 11, 2012

Cukupkah Sekadar Itu?

Assalamualaikum w.b.t. 
and Hello brothers & sisters.

Nak cerita sikit pasal aku punya thoughts. 
Pasal berkahwin dan berkeluarga.
Gaya macam pakar cinta tak? hee
Aku pun tak pernah kahwin lagi. Kira orang single macam aku punya thoughts la.

Kenapa aku tiba-tiba je nak cakap pasal ni?
Sebab orang sibuk bertanya kat aku bila nak kahwin.
Anak-anak mereka baya-baya aku, dah bertunang, dah berkahwin, 
yang dah nak berkahwin pas raya ni pun ada gak.
Barakallah.

Hmm.. Ingat kahwin tu perkara kecil ke?
Cukup ke sekadar "I sayang you.. You sayang I.. Jom kahwin" Hee..
Atau cukup ke sekadar si perempuan dah ade skill mengemas rumah, memasak dan sebagainya...
Atau cukup ke sekadar si lelaki dapat melafazkan "Aku terima nikahnya...."
Kahwin ini bukan lah sekadar menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan ye abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik.. 
Kalau Allah sendiri sebut berkahwin itu satu ibadah.
(Surah An-nur 24:32 & Surah An-Nisa' 4:3)
Baginda S.A.W pun mengatakan "Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku" (Narrated by Bukhari)

Kalau dah berkahwin itu satu ibadah, kita pun tak nak lah perkahwinan kita jadi sia-sia.
Kita berkahwin untuk membina insan. Untuk membina umat.
Anak-anak yang bakal lahirkan itulah insan yang kita akan bentuk, umat yang kita akan didik. Tak rasa besar ke tanggungjawab tu?
Dengan diri kita sekarang ni, rasanya kita boleh pikul ke tanggungjawab tu? Tepuk dada tanya selera. Kita sendiri tahu jawapannya.
Dan aku sendiri tahu kenapa aku belum berkahwin, sebab aku belum bersedia, belum mampu nak pikul tanggungjawab sebesar itu.

Banyak juga cerita yang masuk ke gegendang telinga aku, pasal orang yang bercinta bertahun-tahun, tapi putus.
Yang bertunang tapi putus.
Janganlah sesekali kamu menyalahkan takdir. Ia ibarat kamu menyalahkan percaturan Allah sedangkan Allah lebih tahu akan sesuatu. Allah lebih tahu tentang diri kita dan si dia. Allah lebih tahu masa depan kita bagaimana.
Bersangka baiklah terhadap percaturan Allah.
Bila dah bertunang, dan putus. Bukanlah jodoh kita dengan dia. Walaupun kita dah kenal selama bertahun-tahun. Allah hanya menguji kita, saat kita jatuh, saat kita lemah.
Kepada siapa kita mengadu?

Aku pun pernah bercinta. Aku pun pernah putus cinta. Masa bercinta dulu, Aku pun pernah berharap ia akan berkekalan sehinggalah berkahwin dan berkeluarga.
 Bila fikir balik, aku belum bersedia sebenarnya.
Bersyukur pada Allah sebab menghilangkan
rasa cinta itu dari hati aku.
Kalau aku berkahwin, entah apa akan jadi. Lebih-lebih lagi pada anak-anak yang bakal dilahirkan... Sebab preparation tak cukup untuk aku pikul tanggungjawab tu.

Dan mungkin kita takda jodoh di dunia. Mungkin jodoh kita disyurga.
So.. tak kahwin pun takda masalah la kan.. Hee.
Apa yang kita kena buat sekarang adalah perbaiki diri kita.
Semoga ditetapkan iman dan dikurniakan ketaqwaan. InsyaAllah.

# Ini hanyalah aku punya two cents worth. Aku share apa yang aku rasa.
Kalau rasa macam tak berapa nak betul tu jangan segan-segan tinggalkan komen di ruangan kat bawah tu.

Till then. May peace be upon to you. (",)


Friday, August 10, 2012

3rd Phase Begin

Assalamualaikum wbt.

Ok. Again. Berhabuk sungguh blog ni. Hee
Salam Ramadhan kawan-kawan
Sorry AGAK TERLEWAT wish nya...
Quite busy la bulan Ramadhan ni
tolong mak berniaga kat bazar.


So...
How was your ramadhan?
Better from last ramadhan? 
Ke macam takda perubahan pun? Hee.
Hope it is better la yep.
Still have plenty of time. To make it better. And much better.
Don't worry. Belum terlambat lagi.

Now, the third phase already begin, cepat je masa berlalu kan...
Third phase of Ramadhan atau 10 malam terakhir 
yang bermula selepas masuknya waktu maghrib semalam.
Sama-sama lah kita pertingkatkan amalan kita.
Dalam 10 malam ini lah adanya malam Lailatul Qadar.
Malam yang pahala ibadahnya seperti beribadah 1000 bulan.
Jom cari Lailatul Qadar. Hee

Dia yang membolak-balikkan hati kita.
Dia jugalah yang membuka hati kita dan memberi hidayah-Nya.
Sama-samalah kita berdoa.
Semoga Allah tetapkan iman di hati kita.
Dan mengurniakan ketaqwaan kepada kita. InsyaAllah.

Till then. May peace be upon to you.