Wednesday, April 11, 2012

Mak vs Saya

Assalamualaikum w.b.t 

Berhabuk rasa blog ni. Lama x update rupanya. Hee..
Teruskan membaca dan support me k ;)

Ape nak cerita ari ni ya? Haa.. Tadi siang tengok TV
dengan mak saya, 
cerita drama Melayu... Bila Lelaki berkahwin satu lagi dengan kawan baik isterinya...
Biasalah kan bila drama melayu ni banyak la yang dikomennya.. 
Bila bercerita soal poligami dengan mak,
macam la dah berkahwin kan. haha. 
Ehh, orang bujang pun boleh bercakap soal ni ape..
Lelaki tu tak nak beritahu pada isterinya yang dia telah berkahwin lain, sedangkan
isterinya dah dapat meneka... Kenapa tak nak berterus terang wahai Lelaki?
Takut isteri tembak? takut isteri mintak cerai? Ke nakkan cabaran berkahwin senyap-senyap?

Apa komen mak?

Mak kata, Lelaki tu sepatutnya berterus terang, kalo betul isteri mintak cerai, ceraikan lah.
Mungkin itu yang terbaik. Tetapi biasanya bila dah berterus terang, 
jarang sekali berlaku perceraian.. Memanglah sebagai isteri, mula-mula marah, 
tapi lama-lama sejuklah. 
Itu komen mak setelah saya edit-edit bahasanya. Hehe. 

Apa komen saya?

Kalau betul sayang, kenapa diduakan isterinya? Kalau betul berkahwin lain
kerana sudah tiada perasaan dan cinta, lepaskanlah.
Mungkin suatu hari nanti isterinya akan bertemu dengan orang yang
dapat menyayanginya seorang. Jangan biarkan dia terluka
hanya kerana
si Lelaki mahukan bahagia. Jika melepaskannya lebih membahagiakan kedua-duanya,
kenapa tidak? 

Sama je dengan bercinta, kalo dah tak sayang, lepaskanlah.
Itu yang terbaik. 
Jangan sakiti hati wanita dalam membahagiakan dirimu sendiri
wahai Lelaki.


Sebab saya percaya 
"cinta tak semestinya harus memiliki" 

k lah.. Till then.. May peace be upon to you.. Calo~ 

2 comments:

  1. sekarang ni macam2 kte boleh cakap.. but when kita in da situation.. barulah kte tau apa yang akan kte lakukan.. ;)

    ReplyDelete
  2. ok setuju dengan ayat tu.
    memang cinta tak semestinya harus memiliki. :'(

    ReplyDelete