Assalamualaikum...
Aku coretkan puisi ini
Aku coretkan puisi ini
Khas buat sahabat
Yang selamanya dihatiku
Untuk kamu sahabatku
Untuk kamu sahabatku
Sahabat
Tuhan menemukan aku dengan kamu
Memanjangkan silaturrahim sesama kita
Untuk mengenal erti sebuah persahabatan
Sahabat
Kamu sentiasa disisiku
Tatkala fajar mula menyingsing
Tatkala senja melabuhkan tirainya
Sehinggalah malam menutup tabirnya
Sahabat
Kamu setia bersamaku
Tatkala air mata duka ini mengalir
Tatkala senyum dibibir ini menguntum
Dan ketika diri ini ketawa gembira
Sahabat
Maafkanlah...
Andai diri ini tidak ada disisimu
Andai diri ini tidak bersamamu
Pada saat kamu memerlukannya
Maafkanlah sahabat...
Andai diri ini penuh khilaf waktu bersamamu
Andai diri ini penuh khilaf waktu bersamamu
Andai diri ini pernah membuat kamu menangis
Andai diri ini pernah mengguris hatimu
Sahabat
Sahabat
Aku mohon pada tuhan
Agar diri kamu jua diriku
Sentiasa dirahmati dan dilindungi
Dan diberikan Hidayah
Dalam meneruskan ranjau kehidupan
Agar diri kamu jua diriku
Sentiasa dirahmati dan dilindungi
Dan diberikan Hidayah
Dalam meneruskan ranjau kehidupan
Ya Allah
Aku bersyukur kepada-Mu
Mengurniakanku sahabat
Yang sentiasa menegurku
Yang sentiasa mengingatkanku
Saat aku lalai menjalankan perintah-Mu
Sahabatku
Andai suatu hari nanti
Aku tiada lagi disisimu
Aku tidak lagi bersamamu
Waktu susah mahupun senangmu
Maafkan aku
Dan ketahuilah sahabat
Bahawa kamu sentiasa dihatiku
Selamanya
Buat sahabat.
Uhibbuki Fillah (◕‿-)
Dah lama tinggalkan hobi yang satu ni.
Menulis puisi. Tiba-tiba rasa nak tulis pulak. Hee..
till then. May peace be upon to you.
Calo~
preety awesome..
ReplyDeleteits kinda of interesting..
but....
heeee..
its VERY GOOD..
;)
score perfect ten..
keep up it girl.. ;)
@mizz_aainaa
ReplyDeletethanks... biasa2 je la. da lama kot tinggal hobi ni... XD