Thursday, January 5, 2012

in memory~

Assalamualaikum and hello brothers & sisters

It had been 12 years... 
since that day. 
5th January 2000

Flashback.

Waktu itu bulan Ramadhan. 3 hari lagi untuk menyambut AidilFitri.

Aku tersedar waktu mak mengejutkan kami untuk bangun sahur.. Jadi aku tahulah waktu tu sudah jam 4 pagi. Namun begitu, mak hanya mengejutkan kami sekali sahaja dan kembali ke dapur untuk menyediakan juadah bersahur. Lebih kurang pukul 5 pagi mak kembali ke bilik untuk mengejutkan abah yang tidak sedar waktu mak mengejutkannya pada pukul 4 pagi. Beberapa minit selepas itu, aku terdengar satu raungan. Yang sangat kuat. Aku yakin itu suara mak. Kenapa mak meraung seperti "orang gila" pagi-pagi buta ni. Aku hanya bermonolog sendiri. Mak meraung dan menjerit. Mak juga menangis semahu-mahunya. Aku hanya diam berbaring. Tak terasa nak menjenguk. Ntah kenapa.

Kemudian, sepupuku (waktu itu tinggal di rumah kami) mengejutkan kami semua.  
Edi, Atan, Wawa, Ijan, Adek.. Bangun..! Bangun..!
Terpisat-pisat kami bangun. Dan bertanya 
Kenapa kak? Kenapa mak menangis? Kenapa mak menjerit macam orang gila?
Hmm... Abah korang. Dah takda. 
Kami pelik... yela masing-masing kecik lagi. budak-budak lagi. Adik yang bongsu pun baru 4 tahun.
Abah takda? Abah gi mana? 
Sepupu aku pun kata "Abah dah takda. Abah dah pergi"
Sungguh.. aku tak paham apa-apa.

Jiran-jiran pun bertandang ke rumah. Ada yang tolong menenangkan mak aku yang agak parah itu. Ntah berapa kali mak pengsan. Parah kan? Dan ramai sangat yang datang ke rumah aku. Saudara-mara aku pun datang. Aku jumpa geng aku (sepupu) dan kami bermain-main di luar rumah. Aku bertanya kat mereka "Kenapa korang datang? Raya kan minggu depan." Dorang pun cakap "Tah lah, mak aku suh bersiap-siap cakap nak gi umah Cik Teh (nama panggilan mak aku)"

Kemudian ada seseorang panggil aku masuk ke rumah. "Wawa, masuk. Cium abah." Aku pun masuk ke rumah. Dan aku lihat abah ku di dalam kain putih. Selepas kedua abangku cium. Tiba giliran aku. Aku takut-takut. Tapi ada seseorang berkata pada ku "Takpa, cium je. Jangan takut". Aku pun cium abah ku.. Lama.. Lepas itu aku keluar, sebab semua orang bersiap-siap nak sembahyang. 

Mereka kemudian membawa abahku menaiki van. Ke kawasan perkuburan. Kawasan perkuburan dekat dengan rumah aku. Aku berjalan kaki ke sana. Barulah aku sedar, abah aku akan ditanam dan selamanya di situ. Tinggallah kami lima beradik hidup dengan mak. Di tanah perkuburan, ramai orang. Mungkin kerana ramai telah bercuti memandangkan ia hanya 3 hari lagi untuk Hari Raya Aidilfitri. Aku terdengar suara imam...

"Wahai Alias Bin Saginah
wahai Alias Bin Saginah, wahai Alias Bin Saginah
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. 
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, 
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.  
Ingatlah wahai Alias Bin Saginah
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut, 
janganlah kamu berdukacita dan risau 
serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. 
Ketahuilah wahai Alias Bin Saginah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, 
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. 
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
"

Dan aku larut dengan dunia ku sendiri, melihat sekelilingku. Memandang saudara-mara ku. Juga melihat mak yang basah mata nya. Aku tidak menangis waktu itu. Mungkin kerana pada waktu itu aku masih  tidak mengerti erti sebenar kematian. Erti sebenar kehilangan orang yang kita sayang buat selamanya. 

Bila aku meningkat dewasa. Aku mengerti erti kematian. Aku mengerti erti kehilangan orang kita sayang buat selamanya. Untuk abah yang tersayang, aku hanya dapat mendoakan agar rohmu sentiasa dirahmati. Aku hanya mampu sedekah kan bacaan Al-Fatihah, bacaan surah Yaasin untukmu. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al- Fatihah~

Yeah. It had been 12 years my father passed away. I miss him. Much. He died at the age of 38years. It is young for a father to 5 children (4 - 15 years old). And my mom, being a single mother, so strong to strive for life and to grow us up. And for my mom, I love you so much. 

Till then... May peace be upon to you.

4 comments:

  1. same goes with me...
    05 dec 2002 @ 01 syawal 1423H..
    malam raya yg menjadi sejarah...semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman~~~

    ReplyDelete
  2. ermm.. first of all..

    'so strong to strive for life and to grow us up'

    feels like something wrong somewhere.. but dont know what it is..

    secondly..

    Allah tidak pernah menzalimi umatNya.. dan apa yang Allah uji itu adalah kerana kita mampu dan kuat untuk menghadpinya..
    so.. ur mom is strong enough to face it.. and for ur family too to face it..

    chill up.. and always recite yassin to arwah.. hopefully, he will be peace at there.. ;)

    ReplyDelete
  3. @aku la~~ untuk kita yang masih hidup, perlu teruskan hidup... Be strong dear :)

    ReplyDelete
  4. @mizz_aainaa 1st~ i think so. something wrong somewhere. But i can't get the true word. haha XD
    2nd~ yeah. I know it. Tapi kadang" perasaan rindu tu datang. dan pasti akan menangis. :)

    ReplyDelete